Terma bagi menggunakan IQ-test.eu dan versi tempatan bagi IQ-test.eu (PIQeu) perkhidmatan (en)

Terma perniagaan ini mengawal hubungan antara IQ-test.eu (dan domain ujian IQ tempatan) Administrator dan IQ-test.eu (dan domain ujian IQ tempatan) Pengguna.

1. Spesifikasi projek IQ-test.eu dan definisi asas

I&Q GROUP, spol. s r.o. dengan pejabat berdaftar di Praha, Troilova 12, Poskod: 108 00, Nombor Pengenalan Perniagaan: 27488268, didaftarkan dengan Pendaftar Komersil di bawah Mahkamah Perbandaran di Hradec Kralove di seksyen C, masukan 21977, (selepas ini dinamakan "Administrator"), menguruskan projek internet IQ-test.eu (selepas ini dinamakan "IQeu"), yang mana pelawat (selepas ini dinamakan "Pengguna") boleh mengetahui nilai IQ mereka dan nilai IQ negara mereka.

Definisi asas:

IQ = Darjah kecerdasan (darjah = nisbah, bahagian) ialah indeks kecerdasan, dengan penyebaran normal dalam purata 100, dan sisihan standard 15

Ujian = kombinasi tugasan dan jenis jawapan berkemungkinan, yang mana hanya ada satu penyelesaian logik yang betul. Ujian boleh menilai jenis IQ berbeza (kecerdasan semula jadi, kecerdasan berkait nombor, 3D, dsb.) dan digabungkan dalam satu nilai IQ, lebih tepat lagi dan lebih ramai Pengguna melakukannya.

Terma penggunaan perkhidmatan IQ-test.eu (selepas ini dinamakan "PIQeu") = terma menerangkan hak dan tanggungjawab subjek yang menyertai IQeu (Administrator dan Pengguna). Versi terkini PIQeu ada di URL http://www.iq-test.eu/index.php?pid=12. Administrator mempunyai hak untuk mengubah PIQeu, dan perubahan bermula dari hari ia diterbitkan dalam laman web di atas.

Administrator = subjek yang memastikan operasi pelayan dan aplikasi yang diperlukan berjalan lancar dengan untuk membekalkan IQeu

Pengguna = pelawat menjawab ujian, atau seseorang yang mendaftar dalam sistem

2. Hak dan tanggungjawab subjek yang terlibat

Administrator:

  • Mempunyai hak untuk menghubungi Pengguna pada bila-bila masa, mengenai apa-apa saja
  • Mempunyai hak untuk mempersetujui terma individu dengan subjek lain yang menyertai IQeu
  • Mempunyai hak untuk menggantung mana-mana Pengguna tanpa sebarang sebab

Pengguna:

  • Mempunyai hak untuk menghubungi Administrator IQeu
  • Mempunyai hak untuk emngumumkan penamatan operasi IQeu wtanpa sebarang sebab
  • Bertanggungjawab mematuhi terma sah PIQeu
  • Selepas pembayaran, pengguna mempunyai hak untuk mengetahui keputusan ujian, dan jika keputusan tidak diberikan, dia mempunyai hak untuk menghubungi Administrator dan menuntut pembetulan, tapi dia tidak berhak menuntut pampasan
  • Dengan memberikan maklumat peribadi, pengguna memberikan Administrator kebenaran untuk memasuki pangkalan data dan menggunakannya untuk menghubungi Pengguna. Administrator memastikan yang maklumat peribadi tidak akan diserahkan kepada mana-mana Pihak Ketiga, dan akan dikeluarkan dari pangkalan data jika diminta. Pengguna bersetuju dengan penyataan ini dengan mendaftar atau dengan membuat satu ujian.

3. Penyertaan subjek individu dalam IQeu

Administrator:

  • Menyertai IQeu dari awal hingga penamatan atau hingga IQeu diserahkan kepada subjek lain
  • Mengawal pematuhan PIQeu dan menjangka akibat dari kegagalan yang bakal berlaku

Pengguna:

  • Mulakan penyertaan di IQeu dengan membuat satu ujian atau mendaftar
  • Boleh daftar untuk menerima maklumat pada bila-bila masa dengan menyertakan e-emel semasa pendaftaran
  • Boleh menamatkan penyertaan di IQeu pada bila-bila masa

4. Tanggungjawab subjek individu

Subjek yang menyertai IQeu bertanggungjawab terhadap perkara yang boleh dipengaruhi melalui tindakan mereka.

  • Bertanggungjawab mematuhi PIQeu
  • Tidak bertanggungjawab terhadap keupayaan Pengguna untuk membayar

Pengguna:

  • Bertanggungjawab mematuhi PIQeu

5. Sistem pembayaran

Sistem pembayaran disediakan oleh Administrator. Sistem pembayaran dan harga keputusan ditentukan oleh lokasi yang dipilih oleh Pengguna selepas menyelesaikan Ujian. Jika Pengguna memilih lokasi yang berlainan dari lokasinya sekarang, dia mungkin tidak akan dapat melihat keputusan itu langsung.

iq-test.my: 10 MYR

6. Perlindungan maklumat peribadi, hak cipta

Semasa menyertai projek IQeu maklumat peribadi boleh ditukar-tukar (nama, alamat, nombor telefon, e-mel, No. Identifikasi. (IÈO) dsb.). Maklumat peribadi ini adalah rahsia dan hanya subjek yang terlibat dalam pertukaran ini mempunyai akses. Kedua-dua pihak mengaku untuk tidak memberikan maklumat peribadi kepada mana-mana pihak ketiga dalam apa jua bentuk (iaitu bercetak, elektronik, dsb.), kecuali ringkasan keseluruhan statistik yang tidak boleh dikaitkan dengan mana-mana pihak. Administrator IQeu mempunyai hak untuk melakukan analisis kelakuan bagi subjek lain yang terlibat dengan IQeu dan akhirnya akan memberikan hasil analisis ini kepada Pihak Ketiga, hanya dalam bentuk maklumat statistik yang tidak boleh dikaitkan dengan mana-mana pihak.

7. Sokongan

Kontak perkara perniagaan:

E-mel:

Kontak perkara teknikal:

E-mel:

Administrator IQeu dengan permohonan bertulis oleh subjek tertentu akan menjalankan tindakan kewangan yang munasabah untuk mengeluarkan semua maklumat peribadi subjek itu.

Dikemaskini dan diterbitkan pada 24 December, 2006

Terma ini berkuatkuasa mulai 24 December, 2006

(atau serta merta pada saat pendaftaran baru dalam sistem atau dengan cara mengambil ujian)

Dikeluarkan oleh I&Q GROUP, spol. s r.o. (c) 2006